Kami Berikan Solusi

kepakaran

Kepakaran kami ialah menyediakan perkhidmatan latihan yang menepati kehendak anda sebagai pelanggan bagi membantu menambah nilai individu dan organisasi ke arah mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.

Perkara ini dilakukan dengan menggunakan tiga komponen utama dalam dunia latihan iaitu Mind Set, Skill Set dan Tool Set. Setiap perubahan sikap bermula dengan menukar set minda atau paradigma terhadap sesuatu perkara iaitulah Mind Set.

Namun, perubahan sikap tidak akan berlaku sekiranya individu atau organisasi tidak dibekalkan dengan kemahiran bagaimana untuk berubah iaitulah Skill Set. Akhirnya tindakan perubahan akan berlaku dengan bantuan peralatan tersedia yang sesuai iaitulah Tool Set.

read more

Transformasi Diri Impak Organisasi

korporat

Dalam dunia korporat, penglibatan modal insan sama ada di peringkat eksekutif atau pihak atasan dalam sesebuah organisasi sangat mempengaruhi prestasi kerja.

Menyedari realiti ini, Mantop Training and Consultancy Sdn Bhd telah menyediakan penyelesaian berbentuk modul-modul program yang cukup ampuh dan komprehensif dalam melengkapkan kemahiran individu dan organisasi yang terlibat.

Dengan penyampaian yang kreatif dan merangsang kesemua jenis audiens sama ada Visual, Auditori dan Kinestatik, diharapkan program yang telah dirangka khas untuk anda ini mampu menambah nilai dan pengetahuan sedia ada dalam proses penyelesaian konflik dan tugasan seharian.

read more

Pemimpin Masa Depan

pelajar

Pelajar merupakan aset negara. Keberlangsungan survival negara bergantung kepada golongan ini yang majoritinya terdiri daripada golongan remaja. Masa muda remaja adalah masa di mana psikologi ingin mencuba dan memberontak akan timbul.

Justeru mereka harus dibimbing dengan baik supaya naluri-naluri remaja itu dapat disalurkan dengan cara yang betul dan bermanfaat. Menyedari peri pentingnya program pembangunan pelajar, Mantop Training and Consultancy Sdn Bhd telah mewujudkan modul khas untuk golongan pelajar.

Pendekatan modul bersifat holistik di mana kesemua aspek dalam diri pelajar disentuh meliputi aspek Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial.

read more

Tempahan Program

read more
Facebook IconYouTube IconTwitter Icon