KORPORAT

logo MANTOP DIRI

Program MANTOP DIRI ini diolah bagi memastikan sesebuah organisasi / syarikat menjadi hebat dan ianya pasti berlaku sekiranya seluruh individu dalam organisasi / syarikat bersama-sama mempunyai jati diri hebat yang diinginkan oleh sesebuah organisasi / syarikat.

Berbekalkan pengalaman Trainer dalam ilmu baru latihan dan kepimpinan seperti NLP (Neuro Linguistic Programming) dan ESQ (Emotional and Spritual Quotion) dan bertunjangkan kepada Al-Quran & Sunnah dengan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai siri tauladan kepimpinan No.1, pihak kami yakin dapat memberikan ramuan yang terbaik bagi melahirkan individu yang hebat dan seterusnya membentuk sebuah organisasi yang hebat.

Pendekatan latihan adalah berbentuk Practical and Integrated Training Module dengan 40% Pembentangan Interaktif dan 60% Aktiviti.

 

Objektif:

  • Memberi kesedaran tentang peranan yang sebenar sebagai manusia serta meningkatkan kesedaran spiritual kepada warga kerja sesebuah organisasi / syarikat.
  • Mencetuskan rasa seronok dan bersemangat untuk melakukan pekerjaan harian dalam sesebuah organisasi / syarikat.
  • Menyuburkan sikap dan perwatakan pekerja organisasi untuk meningkatkan TRUST bagi menambah produktiviti organisasi / syarikat.
  • Menerapkan kemahiran pengurusan emosi, masa dan peranan untuk membentuk individu yang MANTOP.

 

Sila KLIK untuk PERINCIAN MODUL

Mantop Diri

 

logo MANTOP TEAM

Permuafakatan dalam organisasi adalah berkait rapat dengan kerja berpasukan. Apabila sesebuah kumpulan melakukan tugas bersama-sama maka ia berfungsi sebagai sebuah pasukan dan berusaha untuk mewujudkan keadaan kerjasama yang dinamakan pasukan kerja.

Terdapat lima faktor dalaman organisasi yang mempengaruhi pasukan kerja iaitu kepimpinan yang efektif, matlamat yang jelas, komunikasi yang berkesan, penglibatan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Program MANTOP TEAM ini diwujudkan supaya kesemua elemen dalam menubuhkan PASUKAN IMPIAN dapat direalisasikan.

 

Objektif:

  • Membentuk warga kerja yang optimis dalam mencapai visi dan misi sesebuah organisasi / syarikat.
  • Memupuk semangat kekitaan di kalangan warga kerja di samping mengikis sikap individualistik.
  • Menjadikan warga kerja faham tentang kepentingan kebersamaan untuk membudayakan nilai organisasi / syarikat.
  • Mencambah sikap kebertanggungjawaban untuk melahirkan warga kerja yang komitmen dengan pembaharuan.

 

Sila KLIK untuk PERINCIAN MODUL

Mantop Team

logo MANTOP LEADERSHIP

Selain daripada individu yang menjayakan sesebuah organisasi, pemimpin juga adalah satu faktor besar dalam mencorakkan keberlangsungan organisasi. Adakalanya kepimpinan yang memimpin sesebuah organisasi hilang kepercayaan daripada orang bawahan dan tidak mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin.

MANTOP LEADERSHIP ini akan mengupas bagaimana kepimpinan dapat dilaksanakan dengan jayanya sekaligus memastikan perjalanan organisasi lancar dan mencapai sasaran yang diharapkan dengan penuh kondusif. Dua faktor utama sebagai paksi akan diketengahkan iaitu kuat (kompetensi) dan amanah (integriti) dalam modul perlaksanaan yang interaktif.

 

Objektif:

  • Memberi kesedaran tentang peranan sebagai pemimpin yang sebenar kepada barisan kepimpinan organisasi / syarikat.
  • Membina nilai integriti sebagai pemimpin di dalam suasana kerja sesebuah organisasi / syarikat.
  • Menyuburkan sikap dan perwatakan kepimpinan sesebuah organisasi / syarikat untuk meningkatkan TRUST bagi mewujudkan organisasi yang produktif.
  • Mencambah semangat dan mendidik kemahiran sebagai organisasi / syarikat dari sudut emosi dan intlektual.

 

Sila KLIK untuk PERINCIAN MODUL

Mantop Leadership

Facebook IconYouTube IconTwitter Icon