Bengkel cuti sekolah mac 2015

11006399_826128974119032_4262532668272158544_n - Copy

OH! MUDAHNYA BELAJAR.

1.0 PENDAHULUAN / PENGENALAN

Program ini tercetus setelah mengambil kira beberapa kajian dan pemerhatian terhadap pelajar tentang pembelajaran. Antaranya :

1. Pelajar tidak berminat untuk belajar kerana bosan dengan gaya dan cara pembelajaran diri yang sama
2. Semua pelajar ingin berjaya dalam pembelajaran namun mereka tidak tahu teknik dan strategi belajar yang berkesan
3. Kesukaran untuk fokus dan konsentrasi semasa belajar merupakan salah satu faktor pelajar tidak boleh menghasilkan keputusan yang bagus
4. Pelajar berasa jemu kerana mereka belajar hanya menggunakan satu otak sahaja iaitu otak kiri; menulis, menghafal, mengira dan membaca semata-semata
5. Pelajar tidak ada matlamat belajar yang jelas dan tepat
6. Kecelaruan emosi menjadi penyebab utama pelajar berasa malas dan tidak mengambil peduli tentang pembelajaran

2.0 OBJEKTIF BENGKEL

Apabila pelajar menyertai program ini, mereka BOLEH :
1. Mencipta MATLAMAT belajar yang sebenar dan REALISTIK
2. Menjadi seorang pelajar yang PROAKTIF dan OPTIMIS dalam pembelajaran
3. Mencipta gaya pembelajaran yang lebih KREATIF dan MENARIK
4. Belajar dengan mudah menggunakan MINDA GENIUS
5. Mengikuti gaya pembelajaran kaedah Imam Syafie yang berkesan
6. Mengoptimumkan kemampuan diri menghasilkan keputusan dan hasil pembelajaran yang lebih CEMERLANG

3.0 FAEDAH YANG ANDA AKAN DAPAT

Modul Oh Mudahnya! Belajar bertujuan untuk :
1. Membantu pelajar mengenal karakter diri agar proses pembelajaran menjadi lebih mudah dan berkesan
2. Mengaktifkan otak kanan pelajar agar sistem pembelajaran mereka
menjadi lebih kreatif dan menarik
3. Membantu pelajar menggunakan teknik dan strategi belajar yang betul
4. Membawa pelajar kearah matlamat yang jelas dan tepat dalam pembelajaran
5. Membantu pelajar agar lebih fokus dalam pembelajaran
6. Menjadikan belajar satu aktiviti yang seronok dan menghiburkan disamping memberi pengajaran yang cepat dan berkesan

4.0 APA YANG MENARIK?

PREPARING THE MIND :Mengaktifkan otak kanan peserta dengan beberapa aktiviti yang menarik dan mencabar minda WHO YOU ARE? :Membantu peserta mengenal karakter sebenar diri mengikut kaedah Touchology, Human Coding Programming dan NeuroLinguistic Programming MUDAHNYA BELAJAR :Peserta didedahkan dengan teknik belajar yang terbaik mengikut karakter diri masing- masing BELAJAR KAEDAH IMAM SYAFI’E :Membimbing peserta belajar dengan menggunakan otak kanan seperti mana yang telah dilakukan oleh Imam Syafie sejak kecil 5.0 JADUAL PROGRAM

HARI PERTAMA 8.30 pg – 9.00 pg : Pendaftaran peserta 9.00 pg – 10.30 pg : Slot 1 – “PEMBENTUKAN MATLAMAT BELAJAR” 10.30 pg – 11.00 pg : Rehat Minum Pagi 11.00 pg – 12.30 tgh : Slot 2 : “PREPARING THE MIND” 12.30 tgh – 2.15 ptg : Rehat/ Makan Tengahari/Solat Zohor 2.15 ptg-4.45 ptg : Slot 3 : “WHO YOU ARE” 4.45 ptg – 5.00 ptg : RESOLUSI HARI PERTAMA

HARI KEDUA 9.00 pg – 10.30 pg : Slot 4 : “ MUDAHNYA BELAJAR” 10.30 pg – 11.00 pg : REHAT/MINUM PAGI 11.00 pg – 12.30 tgh : Slot 5 : “ BELAJAR KAEDAH IMAM SYAFI’E” 12.30 tgh – 2.15 ptg : Rehat /Makan Tengahari /Solat Zohor 2.15 ptg-4.45 ptg : Slot 6: Transformasi Diri 4.45 ptg – 5.00 ptg : RESOLUSI / TINDAKAN SELEPAS IKUTI BENGKEL

6.0 PANEL PENYAMPAI

MOHAMAD HAZWAN BIN PADZIL
Seorang perunding yang berkaliber dalam isu Kemanusiaan dan Pembangunan Minda. Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh, Pahang, beliau menyambung pelajaran di Akademi Laut Malaysia (ALAM) dalam bidang Diploma Kejuruteraan Marin dan memegang Perakuan Kekompetenan ( COC ) sebagai Jurutera Kelas ke-4.
• Beliau menyambung pelajaran dalam bidang
ilmu Sains-Meta, Kuasa Minda dan Perubatan Islam.

• Beliau memperoleh tauliah sebagai pengamal Spiritual Neuro Linguistic Programming ( SNLP ) daripada National Federation of Neuro Linguistic Programming (NFNLP, USA).

• Selain itu, beliau merupakan Profesional Learning Facilitator ( PLF ) yang mana menggunakan kaedah-kaedah yang menarik dan efektif dalam penyampaian.

• Sikap suka mendidik dan membantu orang lain untuk berjaya telah diterap oleh ibubapanya sejak kecil. Beliau bergiat aktif sebagai sukarelawan dakwah orang asli di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas, Kota Bharu.

• Dalam masa yang sama beliau mendalami ilmu agama separuh masa di Madrasah Ad-Diniah Bakriah ( Pondok Pasir Tumboh ).

• Pencapaian sebagai Finalis Program Realiti Pencarian Da’i (Pendakwah Milinea) TV3 Musim Pertama, 2013 menambah semangat beliau untuk berkongsi ilmu demi memakmurkan ummah dan mendidik masyarakat.

MOHD KHAIRUL ANWAR MOHAMED NAWI

PENDIDIKAN
•Ijazah Sarjana Muda Al- Quran dan Sunnah Dengan Kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
PENGALAMAN
 Mantop Training & Consultancy – Human Capital Consultant
 Berpengalaman dalam program motivasi
 Panel penceramah program bersama Bank Muamalat.
 Trainer program bersama Lembaga Hasil DalamNegeri.
 Perunding program bersama Jabatan Agama Islam Selangor.
 Panel Penceramah program bersama Bank Islam Malaysia Berhad.
 Merupakan Professional Learning Facilitator (PLF)
 Persatuan perunding motivasi muslim Malaysia (TAMRIN)

DAFTAR SEGERA. JOM BERSAMA KAMI BAGI MEREALISASIKAN IMPIAN STRAIGHT A S” DENGAN KAEDAH BELAJAR YANG LUAR BIASA HEBAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook IconYouTube IconTwitter Icon